Skip to content

Sales RM1K Hanya Bermula Dari 1 Video

Ceritanya begini, time tu saya tengah shopping peralatan sekolah anak sebab anak saya baru nak masuk darjah 1. Jadi saya senaraikan dan beli semua peralatan sekolah anak termasuklah beg sekolah, baju sekolah, baju sukan, kasut sekolah dan banyak lagi..

Nak dijadikan cerita, saya terasa nak buat video guna semua peralatan sekolah anak saya itu dan upload di TikTok. Mula-mula sekali saya buat video baju sekolah, beg sekolah dan akhir sekali kasut sekolah. Saya buat video yang sangat bersahaja, al maklumlah baru mula nak belajar buat video. Peralatan nak buat video pun tak ada lagi, saya cuma gunakan handphone Redmi. 

Saya ambil video setiap peralatan sekolah anak dengan pastikan dalam setiap scene video ada pergerakan di dalamnya supaya dapat capture mata viewers untuk melihat video tu sampai habis. Kemudian saya edit semua video menggunakan aplikasi capcut.

Dalam capcut, saya menggunakan tools cut dan split untuk buang part video yang saya tak nak dan saya gunakan tools speed untuk lajukan video tersebut supaya viewers tak bosan melihatnya. Selepas itu, saya masukkan caption dengan menceritakan kelebihan produk yang ada dalam video. Saya juga masukkan lagu yang sesuai dan trending bagi menonjolkan video yang lebih menarik lagi!

Bila dah siap edit dalam capcut, saya upload semua video peralatan sekolah anak saya tadi dalam TikTok. Sebelum post, saya akan make sure saya masukkan hashtag yang ada kaitan dengan produk dan masukkan beg kuning dalam setiap video supaya senang nanti viewers nak beli produk tersebut jika berminat. 

Alhamdulillah, saya betul2 tak sangka daripada semua video peralatan sekolah anak saya tu. Satu video masuk FYP sehingga dapat 30 ribu tontonan ke atas dan yang paling best sekali video tu dapat convert kepada sales! Ini sales dia…

Sales Affiliate 2024

Ini bukan buat cerita tapi realiti. Serius mula-mula tengok sales ini, macam tak percaya boleh dapat banyak ini. Boleh terjual sehingga 82 unit dalam masa 1 bulan. Semuanya dari 1 video kasut sekolah anak sahaja. Saya tengok video tu biasa-biasa je tak sangka pula boleh buat duit. Terus rasa bersemangat nak video banyak-banyak lagi lepas ini sebab mudah sangat!

Komisyen RM85 tu saya bagi pada anak saya. Suka dia.. Dia pun auto semangat nak sama-sama buat video seterusnya dengan saya lepas ini. Sebab kami dah merasa hasil dari video di TikTok. Anak saya gunakan duit tu belanja makan KFC dan bermain suka ria di KidZoona! Alhamdulillah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *