Skip to content

Jana Pasif Income Setiap Minggu Di TikTok

Bermula dari satu akaun TikTok. Kini saya dah fokuskan untuk konsisten buat video untuk 3 akaun TikTok. Semuanya berlainan niche kerana setiap akaun yang saya buat untuk mencapai misi yang berbeza.

Contohnya untuk akaun 1, saya fokus buat video toturial mengajar semua orang yang ada akaun TikTok buat affiliate iaitu menjual produk orang lain di TikTok. Sambil2 saya mengajar, saya juga ada buat video menjual buku yang berkaitan dengan bisnes dalam akaun tersebut kerana kebanyakkan followers terdiri daripada orang2 yang minat berniaga. Jadi saya gunakan peluang ini untuk share buku2 bisnes yang saya baca dengan followers. Hasilnya alhadulillah setiap minggu saya dapat keluarkan komisen daripada hasil jualan buku2 untuk akaun tersebut di TikTok. Komisen ini saya gunakan untuk menampung kos minyak kereta saya setiap hari pergi hantar ambil anak sekolah. Misi tercapai!

Akaun 2 pula, saya kan 24 jam jaga anak di rumah. Bekerja pun di rumah sahaja. Jadi saya ini kiranya usahawan merangkap suri rumah jugalah! Jadi setiap hari saya akan belajar memasak dengan mak saya untuk hidangan pagi, tengahari dan malam anak saya. Saya rakam semua moment tersebut dan jadikan video, upload di TikTok. Makin hari saya tengok followers saya bertambah. Bila dah nampak akaun itu mula aktif, tak buat video pun orang akan like, komen, share dan follow. Saya mula buat video menjual semua barang yang ada dalam rumah. Ibaratnya setiap hari sambil2 tutup mata, saya akan capai barang dan terus buat video tanpa berfikir atau termenung panjang. Apa sahaja idea yang terlintas dalam fikiran, saya terus buat. Alhamdulillah, dari 5 video 1 video boleh convert sales! Dapatlah saya gunakan komisen daripada jualan produk dalam rumah itu bagi duit sekolah untuk anak saya setiap hari! Yang best buat sekali tapi dapat berkali2. Inilah dinamakan pasif income untuk usahawan rumah seperti saya. Misi tercapai!

Dan untuk akaun last sekali, saya ini dari dulu lagi teringin sangat nak pergi bercuti, makan angin selalu! Tapi nak beli baju pun tak ada duit. Apatah lagi nak bergaya, beli make up, handbag, kasut mahal2. Jadi apa saya buat adalah saya gunakan akaun 3 ini untuk saya buat video pakaian branded. Caranya saya beli dulu kat shopping mall 1/2 pasang untuk diri saya dan anak saya. Lepas itu, saya buatlah video semua baju branded tersebut dan upload di TikTok. Kebiasaannya, baju branded ini komisen dia tinggi2. Jadi bolehlah saya dan anak merasa shopping setiap bulan menggunakan komisen baju branded di TikTok. Bila dah ada baju cantik2. Bolehlah bergaya ckt pergi bercuti. Nak buat video time pergi bercuti pun bersemangat. Misi Tercapai!

Apa yang penting untuk dapatkan hasil daripada setiap akaun yang saya share di atas. Jangan terus menjual tapi mulakan dengan sharing apa2 sahaja yang dapat beri manfaat kepada orang lain terlebih dahulu. Contohnya akaun 1 [toturial step by step berniaga di TikTok], akaun 2 [1001 resipi belajar masak dengan mak] dan akaun 3 [wow! bestnya kalau dapat bercuti kat tempat ini].

Lepas follower dah mencanak naik. Barulah boleh selit2 produk apa yang korang nak jual. Time ini orang dah mula kenal anda dan ada trust untuk membeli di akaun TikTok anda! 

Komen dan share tips ini di medsos anda di bawah jika bermanfaat untuk anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *