Skip to content

Kelas Membaca Anak Berumur 6 – 12 Tahun Di Pasir Mas, Kelantan

Assalamualaikum. Pasti ramai ibubapa kini risau jika anak tidak dapat membaca seawal usia 6 tahun. Bila anak dah masuk Tahun 1, ibubapa mula tercari-cari kelas membaca untuk anak apabila ibubapa kerap melihat anak tidak dapat menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru. Bukannya disebabkan anak tidak pandai tapi disebabkan tidak boleh membaca lagi.

“Nak baca soalan pun anak tidak tahu, macam mana anak nak menjawab soalan yang ditanya oleh guru dalam kelas, soalan dalam buku latihan atau soalan ujian/peperiksaan?”

Itulah yang telah dialami oleh anak saya dahulu ketika dia berusia 6 tahun. Hari pertama berada di tadika, telah membuatkan dia berasa kecewa! Dia pulang dengan rasa sedih dan menangis. Risau hati saya melihat keadaan anak saya ketika itu. Saya ingat dia menangis sebab dimarahi guru, dipukul guru atau rakan-rakan di tadika. Rupanya salah! Dia menangis hanya kerana dia berasa diri bodoh! Semua rakan-rakannya di tadika sudah tahu membaca! Tapi dia langsung tidak tahu membaca. Sedih saya mendengar luahan hatinya.

Sebagai ibu, saya juga rasa tercabar dan rasa ingin membantu yang amat kuat! Saya tidak suka melihat anak saya terus menangis disebabkan tidak tahu membaca. Dalam hati, saya tahu dan sedar anak saya actually seorang yang pandai bukannya bodoh! Tapi disebabkan zaman sekarang trend hantar anak ke tadika lebih awal seusia 4 tahun membuatkan anak saya ketinggalan. Bukan saya tidak mahu menghantarnya masuk tadika awal tapi corak pemikiran saya mungkin berbeza dengan ibubapa lain. Saya lebih suka usia kanak-kanak pada ketika itu dipenuhi sepenuhnya dengan bermain di rumah bersama keluarga tercinta kerana itulah masa yang paling istimewa buat zaman kanak-kanak mereka!

Dan alhamdulillah hubungan kasih sayang saya dan anak sangat rapat sehingga hari ini.

Jadi adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai ibu untuk membantunya “berlari” bersama mengejar rakan-rakannya di hadapan apabila anak telah masuk tadika dan mula kenal erti sebenarnya belajar. Saya mula mencari buku membaca di TikTok. Dan saya terjumpa buku ini – Jom Baca Jom Tulis ditulis oleh Cikgu Zawanah. Walaupun pada ketika itu, harga buku ini agak mahal iaitu 3 buku RM100. Saya tetap laburkan duit demi pendidikan anak saya. Bagi saya, duit boleh dicari. Tapi masa depan anak, saya perlu usahakan. Tanpa berfikir panjang, saya terus tempah buku itu di sini.

Daripada seorang ibu, saya terus bertukar menjadi seorang guru kepada anak saya. Setiap hari saya akan luangkan masa bersama anak selama 45 minit untuk mengajar anak saya belajar membaca menggunakan buku Jom Baca. Dan apabila dia mula boleh membaca, saya berikan dia latihan pengukuhan dalam buku Jom Tulis siri 1 dan 2. Kaedah yang saya gunakan untuk mengajar anak saya belajar membaca adalah kaedah fonik! Alhamdulillah dalam masa 3 bulan sahaja. Anak saya dah boleh membaca dengan lancar. Akhirnya kami menang dan dapat “berlari” bersama dengan rakan-rakannya di tadika!

Sejak itu, anak saya tidak menangis lagi. Anak saya gembira belajar di tadika kerana semua latihan dalam kelas, dia dapat baca soalan dan jawab dengan sempurna. Bahkan dia bagi tahu saya, dia pula sedia bantu rakan-rakannya belajar membaca, siap tunggu lagi mereka siapkan latihan sama-sama dalam kelas. Nampak lebih seronok kan!

Inilah yang semua ibubapa mahukan untuk anak mereka. Hidup anak sentiasa dikelilingi kegembiraan walaupun di mana mereka berada sama ada di rumah mahupun di tadika/prasekolah. Ini kerana perasaan positif akan melahirkan minda anak yang sangat produktif. Setuju?

Pejam celik pejam celik, pantas sungguh masa berlalu. Anak saya dah masuk Tahun 1 tahun ini (2024). Dengan langkah berani, anak saya dapat mengikuti semua pembelajaran di dalam kelas. Setiap hari ada sahaja cerita di bawa pulang. Macam biasa, saya menjadi pendengar setianya! Ada yang gembira, kelakar dan sedih.

Antara cerita sedih yang saya pernah dengar anak saya cerita apabila ada di antara rakan-rakannya yang masih tidak tahu membaca walaupun dah masuk Tahun 1. Saya minta anak saya bantu mereka. Jangan biarkan rakan-rakan ketinggalan sebab silibus Tahun 1 lebih mencabar. Tiada lagi pembelajaran abc, ejaan, sebutan. Semuanya kepada baca petikan, bina ayat, karangan pendek. Kalau anda tak percaya, cuba buka buku teks Bahasa Melayu!

Di sinilah nanti guru sekolah akan membuat penilaian terhadap murid. Murid yang dapat membaca dengan lancar kebiasaan akan kekal berada di kelas pertama. Manakala murid yang lemah dalam bacaan kebiasaannya akan dimasukkan ke kelas pemulihan. Adakah semua murid dalam kelas pemulihan tidak pandai? Atau sebenarnya mereka pandai cuma mungkin tumpuan untuk menguasai membaca dan menulis di tadika tidak diberikan penekanan sepenuhnya daripada ibubapa dan guru.

Siapa yang perlu dipersalahkan? Entahlah saya no komen! Apa yang saya tahu tanggungjawab memberikan pendidikan yang terbaik buat anak adalah bersama iaitu ibubapa dan guru tanpa membuat pengukuran terhadap nilaian wang! Jadi, jika anda merasakan anak mempunyai masalah di bawah, adalah lebih baik ambil tindakan dengan segera demi masa depan anak anda!

  • anak masih belum boleh membaca
  • anak tidak dapat mengikuti pembelajaran di dalam kelas
  • anak berkeperluan khas seperti ADHD, Mild Autisme, Disleksia dan Slow Learner.
  • anak tidak dapat membuat dan menyiapkan kerja sekolah sendiri
  • anak dimasukkan ke kelas pemulihan khas
  • anak gagal dalam peperiksaan

Jika YA, semua di atas anda merasainya sekarang. Pastinya anda ingin membantu anak sedaya mungkin tapi mungkin anda mempunyai beberapa kekangan yang tidak dapat elakkan.

  • anda tidak tahu bagaimana cara yang betul dan berkesan untuk mengajar anak membaca dengan lancar
  • anda tidak mempunyai masa yang cukup untuk memberikan sepenuh tumpuan untuk mengajar anak membaca di rumah kerana kesibukkan di tempat kerja
  • anda sentiasa tidak dapat mengawal emosi marah ketika mengajar anak membaca kerana proses pengajaran memerlukan kesabaran yang sangat tinggi

Jadi anda sebagai ibubapa pasti ingin berikan yang terbaik buat masa depan anak. Ibubapa perlukan bantuan daripada orang lain yang lebih pakar dalam bidang tersebut dan dapat membantu anak anda belajar membaca sehingga lancar! Inilah luahan yang saya pernah dengar daripada seorang ibu kepada rakan anak saya Tahun 1 ketika kami menghadiri mesyuarat PIBG di sekolah.

Apa yang saya boleh bantu dan cadangkan ialah laburkan sedikit duit anda untuk hantar anak ke kelas membaca secara persendirian (1-to-1) atau berkumpulan (5 orang) di bawah ini.

Kelas membaca ini adalah untuk membantu anak anda yang berusia 6 hingga 12 tahun yang masih belum tahu membaca lagi. Kelas membaca ini bukan sahaja tertumpu kepada Bahasa Melayu sahaja tapi diadakan juga kelas membaca Bahasa Inggeris dan Bahasa Jawi bagi anak anda yang bersekolah di sekolah rendah agama / tahfiz di seluruh Malaysia. Proses pembelajaran lebih mudah dan selesa kerana anak dapat mengikuti pembelajaran secara bersemuka selama 45 minit untuk setiap sesi iaitu 2 sesi setiap minggu, bersamaan 8 sesi sebulan.

Jadi, ibubapa dapat melihat sendiri kaedah yang digunakan oleh tutor untuk membantu anak membaca dengan lancar. Ibubapa juga dapat melihat sendiri penerimaan anak terhadap kaedah yang digunakan adakah sesuai dengan anak dalam mengikuti proses pembelajaran membaca dengan lancar? Di sinilah anda dapat melihat perhatian sepenuhnya akan diberikan oleh tutor untuk anak anda sahaja! Anak juga akan berasa lebih selesa dan yakin untuk belajar membaca kerana mereka dapat merasa diri sangat dihargai, disayangi dan dapat support sepenuhnya oleh ibubapa dan tutor. Inilah kelebihan yang terdapat di AlKids [Read Learning Center] Pasir Mas, Kelantan. Boleh tengok result pelajar di Facebook, @alkidspasirmas dan anda boleh terus daftar anak kelas membaca Bahasa Melayu, English dan Jawi di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *