Skip to content

Sales affiliate TikTok RM7.7K dari Video dan Live!

Assalamualaikum.
Kalau korang pernah terbaca posting saya sebelum ini di sini: Sales RM1.7K dari video affiliate TikTok! Pastinya korang sudah tahu video saya yang mana masuk FYP dan berjaya convert sales serta telah berikan saya pasif income setiap minggu di TikTok. Kali ini, saya nak share dengan korang perjalanan saya dalam sebulan sahaja dalam menghasilkan sales affiliate yang telah terbukti berjaya mencecah RM7.7K pula!

Walaupun perjalananannya bukanlah mudah! Kisahnya bermula begini, daripada saya sentiasa buat video affiliate dan upload di TikTok setiap hari. Saya mula memberanikan diri untuk cuba buat live pula! Perasaan saya ketika itu, sangat takut, gelisah, risau semua ada kerana bimbang live saya nnt berkonsepkan syok sendiri dan tiada viewers! Malunya…

Tapi berkat ilmu yang saya perolehi daripada buku ini. Saya yakin! Setiap apa yang Allah gerakkan dalam hati kita. Pasti ada sebabnya.. Walaupun saya merasakan tidak mampu melakukannya pada mulanya tapi dengan izin Allah dan berkat ilmu saya pelajari sebelum mula live di TikTok. InsyaAllah pasti ada hasilnya.. Dengan lafaz bismillah live saya pun bermula!

Live hari pertama, saya ingat lagi saya cuba untuk menjual produk sabun dobi Malaya yang berharga RM10. Tersekat-sekat percakapan saya dalam live ketika itu. Sehingga saya sendiri pun tidak tahu apa yang saya cakap. Rasa malunya pasti ada cuma kurang sikit sebab saya live tanpa tunjuk muka! Hehe Hanya suara saya sahaja yang ada dalam live.. Di sebelah saya pula, terselit skrip live yang mana terdapat senarai 30 kelebihan produk sabun dobi. Sambil saya membaca skrip dalam hati, saya bercakap tanpa henti dalam live selama 2 jam.

Barulah saya tahu rupanya buat live bukanlah mudah! Perlukan tenaga yang banyak untuk bercakap. Perlukan mood yang baik semasa live. Kalau lepas bergaduh dengan suami atau boyfriend better tak payah live! Nanti ke laut dalam live itu nanti. Hehe Sebab live ini, ianya memerlukan anda fokus dan menggunakan beberapa teknik untuk menarik audience komen dan klik beg kuning dalam live.

Semua itu anda boleh belajar di sini. Jika anda ikut step by step apa yang diajar dalam modul yang disediakan khas untuk newbie affiliate TikTok, insyaAllah anda juga mampu jana pasif income seperti saya di TikTok. Dan mungkin jika anda lebih kreatif dalam membuat video dan live, anda mampu dapat lebih banyak lagi income setiap bulan di TikTok. Kalah gaji CEO tau! Jadi cekalkan hati, teruskan usaha setiap masa.

Lupa pula nak bagi tahu.. Dalam live, perkara paling penting sebagai affiliate yang baru nak mula buat live adalah anda kena jaga cahaya! Make sure lighting live anda terang dan jelas. Jangan malap ok! Nanti live korang pun akan jadi sendu! Tak ada orang nak tengok live anda! Kalau cahaya malap atau tidak terang, biasanya TikTok tidak akan push live anda kepada audience yang lebih besar. Fuhh.. jadi kalau anda live selama 2 jam contohnya, dengan cahaya yang samar-samar, tidak jelas! Berpeluh ketiak jugalah untuk dapat sesen dua dalam live! Mana nak cari lighting terbaik? Ada di sini. Pilih yang mana anda suka!

Secara jujurnya, pernah je 2 jam saya live tak ada sales masuk langsung. On live dengan tangan kosong! Off live juga dengan tangan kosong! Kalau nak kata sedih! Kecewa! Yes betul, rasa nak marah pun ada juga! Tapi bila fikir semula. Itulah namanya usaha. Selebihnya perlu ada sifat tawakal dalam diri! Kalau tidak pastinya akan rasa down lama sangat! Hilang semangat untuk buat live lagi.. Yang ruginya siapa? Saya juga..

Jadi apa perlu saya buat? Nak teruskan buat live atau berhenti setakat itu sahaja? Tapi.. saya ada anak yang perlu dibesarkan bukan setakat beri sepenuh kasih sayang tapi segala keperluan kebajikannya seperti pendidikan, kesihatan, makan minum dan pakaian perlu juga dijaga dengan baik dan terurus! Dan semua keperluan itu memerlukan kos perbelanjaan yang agak besar! Mana nak cari? Kalau saya berhenti buat live di TikTok begitu sahaja kan..? Sebab tiada yang percuma dalam dunia ini! Semuanya memerlukan duit! Suka atau tidak, rajin atau malas, senang atau susah, saya terpaksa hadap juga supaya semua masalah duit dapat diselesaikan setiap bulan demi kelangsungan hidup saya dan anak!

Keputusan minda saya, walau apa pun saya mesti teruskan juga live, konsisten 2 jam setiap hari! Kenapa tidak 8 jam atau 24 jam? Sebab di TikTok, saya buat affiliate secara sambilan untuk dapatkan extra income setiap bulan. Jadi bagi anda yang berminat nak buat full time sebagai affiliate di TikTok. Dialu-alukan! Semuanya bergantung kepada big why anda! Fokus betul-betul sehingga anda berjaya. Maksudnya buat sampai gaji anda sebagai affiliate di TikTok ini kalau boleh melebihi gaji orang yang bekerja kerajaan dan swasta! Sebab sebagai affiliate, anda juga dikira sebagai berniaga tanpa modal! Untungkan..

Ok. berbalik kepada cerita saya tadi. Alhamdulillah daripada saya mula jual sabun dobi dalam live, tumbler yang tahan sejuk 24 jam, kurma ajwa sehinggalah Allah gerakkan hati saya untuk jual beg sekolah anak pula. Kebetulan beg sekolah ini saya baru sahaja beli untuk anak sebab beg sekolah yang lama yang rosak terkoyak. Jadi saya nak gantikan yang baru. Saya beli je dalam TikTok. Harga beg sekolah ini pun murah, tak sampai RM30. Apa lagi saya terus tekan beg kuning, buy now sebab design beg sekolah ini sangat cantik! Berkenan di hati saya. Sampai je beg sekolah ini kat rumah, terus saya tunjuk pada anak. Anak pun suka! Alhamdulillah.

Tapi tak sangka! Rupanya beg sekolah anak ini membawa rezeki buat saya dan anak. Hari pertama saya jual beg sekolah ini dalam live di TikTok. Hasilnya.. rezeki yang tidak diduga datang melimpah ruah! Rupanya baru saya tahu, dalam live bukan semua produk boleh dijual dengan jayanya! Tapi beg sekolah ini boleh buat ramai audience dalam live saya klik beg kuning dan buat payment terus! Perasaan sedih selama ini berubah terus menjadi lebih semangat dan teruja untuk saya nak konsisten buat live pada keesokkan harinya sebab saya dah mula nampak sinar dalam live! Paling tinggi saya boleh jual beg sekolah ini dalam live selama 2 jam ialah 20 unit. Mungkin bagi orang lain pencapaian ini biasa-biasa je. Tapi bagi saya tinggi! Sebab kalau saya bezakan jualan live sebelum ini di TikTok agak mustahil nak mencecah jualan unit banyak itu.

Dari live itu juga saya jadikan video pendek. Terkejut saya dibuatnya bukan setakat live beg sekolah saya ini dapat convert sales dalam masa 2 jam tapi dalam video beg sekolah di bawah ini juga alhamdulillah boleh buat orang klik beg kuning setiap hari. Seronok tak terkata! Yelah duit masuk macam air time tidur. Siapa yang tak happy kan? Kalau anda dapat juga pun mesti anda dah tersenyum lebar sampai ke pipi sekarang ini!

affiliate

Jadi, sementara jualan beg sekolah ini semakin hari semakin banyak permintaan di TikTok! Saya terus dapat idea buat video di bawah ini. Dan alhamdulillah panahan tepat mengena pada sasaran! Video masuk FYP dan yang paling penting covert sales korang! Happy tak terkata saya ketika itu. Thank you juga pada anak saya yang sentiasa support dan bantu saya siapkan video di bawah ini. Semuanya berjalan dengan lancar dan saya dapat buat duit dengan affiliate dari rumah sahaja! Best kan..

affiliate

Hasil affiliate TikTok sebulan yang tidak dijangka!

Apa lagi? Sebulan jugalah saya konsisten jual beg sekolah ini sahaja dalam live. Sebab time itu, cuti persekolahan akhir tahun! Jadi semua ibubapa kat luar sana sibuk berbelanja beli dan uruskan keperluan persekolahan sesi baru untuk anak-anak. Maybe sebab itu jugalah beg sekolah ini laris dalam live saya bulan lepas! Barulah rasa berbaloi live selama 2 jam. Sebab bila habis je live tak lagi off live dengan tangan kosong lagi… Hujung bulan saya check akaun dapat banyak ni. Syukur alhamdulillah!

affiliate

Kalau anda tengok betul-betul angka jualan tu. Sikit lagi nak cecah 5 angka kan? Boleh lagi ni.. Saya nak cuba buat duit affiliate betul-betul lagi untuk bulan depan pula! Seronok pula.. rasa macam main lumba lari. Siapa lari laju. Dia juara! Tapi yang ini bukan dapat pingat atau trofi tapi dapat duit cash setiap minggu hari Rabu. Siapa tak nak kan? Bolehlah buat bayar segala bil kat rumah ini. Belanja anak makan sedap! Belikan mainan untuk anak! Itu pun dah cukup bagi saya. Bagi korang yang nak belajar macam mana saya dapat income affiliate seperti ini dengan lebih detail lagi. Boleh belajar di sini: Rahsia Jana Income Affiliate. Semoga berjaya! Kita jumpa lagi pada next post..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *