Assalamualaikum..
Bangun dari tidur pagi ini, terkejut tengok salah satu video akaun affiliate TikTok dapat banyak views sehingga mencecah 80K++. Tak sangka sungguh video ini masuk FYP. Syukur alhamdulillah.
Sebelum ini pelbagai video saya dah buat tapi tak pernah dapat views sebanyak ini. Selalunya views untuk video saya akan stuck 100-200 sahaja. Memang kecewa! Antara video yang saya pernah buat ialah:
- Video tisu yang viral tu..
- Video kipas mini
- Video buku bisnes
- Video notebook murah
- Video buku budak belajar membaca
Setiap hari saya akan berusaha untuk siapkan 1 video di atas. Yelah, orang kata kalau nak video masuk FYP kenalah upload setiap hari. Jadi saya pun buatlah tanpa ada ilmu lagi masa itu.
Berpeluh ketiak jugalah nak siapkan setiap satu video. Sebab saya ini bukannya pandai sangat pun ambil video, tangan asyik terketar-ketar je.. Handphone pula jenis yang cap ayam. Ambil gambar/video asyik nampak blur je.
Lepas itu, time nak edit ambil masa berjam-jam lamanya. Korang pun sama juga ke? Kalau sama maksudnya kita geng! Tak tahulah apa yang diedit. Tapi bila dah siap tengok video tu balik nampak biasa-biasa je.. Tak adalah gempak sangat! Gaya je lebih hihi..
Bila nak tekan button post kat TikTok. Nervous lain macam, terkadang terover confident pun ada, macam video masuk FYP terus. Setiap 10 minit mesti tengok views. Aduh banyak ini je..
Rasa tak berbaloi membazir masa berjam-jam buat 1 video. Dengan harapan masuk FYP. Lastly kecundang juga tapi ramai orang kata jangan cepat give up! Upload lagi video setiap hari. InsyaAllah nanti akan ada video yang FYP. Percayalah!
Ok. Masa untuk positifkan diri. Yelah, saya ada anak yang nak diberi makan, dijaga semua keperluan dan kehendaknya. Nak tak nak, terpaksalah bertahan air mata buat video dengan harapan sekali lagi video ini masuk FYP. Tapi yang ini lain sikit.
Saya dah malas nak fikir panjang, saya terus je panggil anak. Selepas itu rekod video. Anak macam biasalah macam-macam gaya dia buat! Saya rekod je.. Lepas itu saya edit. Saya post di TikTok.
Dalam hati, saya tawakal sepenuhnya kepada Allah. Allah itu Maha Mendengar setiap permintaan hambaNya. Allah juga Maha Pengasih dan Maha Penyayang buat hambanya.
Video yang saya sangka biasa-biasa sahaja di bawah ini rupanya tetiba masuk FYP!!
Inilah dikatakan rezeki anak! Syukur alhamdulilah.
Akhirnya dapat juga video saya masuk FYP. Tapi Allah bukan bagi itu sahaja. Allah bagi lebih. Allah bagi video anak saya ini dapat convert sale!
Walaupun tak banyak sales yang masuk setiap minggu. Saya dah rasa bersyukur sangat-sangat! Sebab dengan duit komisen itulah saya belanja anak saya makan, belikan mainan untuk dia, kadang-kadang bawa dia g berjalan ke Zoo, Taman Tema Air dan banyak lagi.
Jadi dari video inilah saya mula belajar buat video dengan lebih baik. Dari video ini jugalah saya belajar bagaimana nak hasilkan video yang bukan sahaja berjaya masuk FYP tapi lebih penting video itu dapat convert sales. Dan terhasillah video ke-2 di bawah ini.
Dan yes! Video ke-2 ini juga masuk FYP sekali lagi. Dengan ilmu yang ada juga, video ini berjaya convert sales dan mendapat views yang lebih tinggi daripada video yang pertama!
Siapa sangkakan? Dari views yang stuck 100-200 sahaja kini telah berjaya mencecah 80K++ untuk kedua-dua video dan mendapat hasil daripada penat lelah buat video.
Sebab itulah ramai orang kata kena banyak sabar. Usaha lagi. Sabar lagi. Sehingga kesabaran kita Allah bagi seperti apa yang kita mahukan. Dan Allah akan datangkan rezeki itu tepat pada masanya! Yang penting sabar dan sentiasa yakin dengan Allah.
Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Bulan berganti bulan. Saya sentiasa monitor 2 video ini. Alhamdulillah. Setiap minggu ada sahaja orang beli kasut dari 2 video ini tanpa putus-putus.
Berapa sales dapat dari video affiliate TikTok?
3 bulan berturut-turut dah mencecah 4 angka. Rahsianya ialah kualiti produk yang saya promote dalam video ini nampak lebih mahal daripada harganya. Cuba teka berapa harga kasut sekolah hitam ini? Kalau anda tengok pada design kasut, mesti ramai yang teka antara harga RM30 – RM50 kan? Actually harga kasut ini cuma RM10 sahaja! Murah kan! Sebab itu terlajak laris.. Harganya mampu milik dan ramai yang lihat video kasut sekolah hitam ini tidak teragak-agak atau berfikir lama untuk mendapatnya.
Satu sebab lagi, kalau korang amati betul-betul. Muzik yang digunakan dalam video kasut sekolah hitam ini telah mencuit hati audience ibaratkan ada sesuatu yang ingin disampaikan dalam jalan ceritanya.. Telatah si anak kecil lelaki yang baru nak masuk sekolah tetapi jiwa nakalnya untuk mengurat kawan perempuan telah ada! Tapi anak lelaki ini sangat patuh pada ibunya sentiasa, suruh basuh kasut pun ikutkan je.. Anak mak katakan.
Lagi.. disebabkan caption yang menceritakan kelebihan kasut sekolah hitam ini secara bersahaja. Walaupun harga kasut sekolah hitam ini murah tapi nampak mahal. Kasut sekolah hitam ini juga tahan lasak, selesa bila dipakai anak untuk ke sekolah. Bila nak lari, laju je.. Baru best berlari dengan kawan-kawan bila loceng rehat berbunyi. Siapa sampai dulu ke kantin, dia menang! Saya yang selalu teman anak makan di kantik perhatikan jelah anak berlari dari jauh macam kantin ini akan terbang ke langit agaknya! Lepas seminggu sekolah, cuti hari Jumaat daripada duduk terlompat-lompat tak duduk diam dalam rumah. Terus ajak anak basuh kasut sekolah hitam ini. Tengok kasut sekolah tak kotor sangat sebab warna hitam kan! Mudah basuh. Mudah kering.
Nak saya ajar lagi. Boleh dapatkan ebook di sini: Rahsia 100 Top Affiliate TikTok