Skip to content

Upah Menulis Artikel SEO Murah 2025

  • by
Upah menulis artikel murah

Assalamualaikum.. Alhamdulillah diberikan kesihatan yang baik daripada Allah SWT sehingga hari ini. Jadi bolehlah saya sambung ambil upah menulis artikel SEO lagi tahun ini.

Buat pengetahuan semua, sebelum ini lebih kurang 7 tahun lepas saya banyak menerima upah buat assignment daripada student PJJ kolej dan universiti di seluruh Malaysia. Tahun ini, saya nak fokus menulis artikel pula. Tak nak ambil upah buat assignment lagi sebab saya tengah sibuk siapkan thesis untuk PhD saya sendiri.

Tapi disebabkan minat dalam bidang penulisan. Saya tetap sibukkan diri juga menulis blog di feezapro.com Sebab dengan cara ini sahaja boleh membuat jiwa saya tenang! Saya dapat berkongsi segala info dan luahkan segala perasaan dalam blog. Tiada siapa boleh halang! Siapa yang suka dengan gaya penulisan saya boleh teruskan membaca… Siapa tak suka saya tak paksa!

Sebab setiap apa yang berlaku dalam dunia ini, kita mempunyai pilihan.

Saya memilih untuk terus menulis. Jika diberi peluang saya nak menulis artikel untuk review produk atau servis anda pula. Ada berminat nak upah saya? Jika ada, alhamdulillah! Saya akan terima dengan hati terbuka dan ikhlas untuk menulis tentang produk atau servis yang anda tawarkan kepada pelanggan. Boleh hubungi saya di sini.

Buat masa ini, saya sendiri pun tak tahu nak caj berapa untuk penulisan sesebuah artikel. Sebab masih baru bermula kan.. Tapi saya pasti anda yang dah biasa upah ghostwriter untuk penulisan artikel dah sedia maklum rate upah menulis artikel di blog atau website! Jadi berkenaan harga servis ini boleh dibawa berbincang lagi. Buat sampai jadi mengikut bajet masing-masing.

Sebelum itu, anda jangan tergesa-gesa. Boleh baca dulu gaya penulisan saya di blog ini. Tengok berapa jumlah trafik yang hadir membaca artikel di blog saya setiap hari. Baca dulu beberapa artikel yang saya telah sediakan mengikut niche masing-masing. Jika anda rasa berpuashati, yakin dan percaya dengan kebolehan saya menulis. Then, baru kita boleh berbincang lebih lanjut melalui whatsapp.

InsyaAllah saya akan sedaya upaya mengikut kehendak anda mahukan!

Artikel SEO anda yang bagus akan berada ranking halaman pertama Google. Untuk dapatkan kedudukan ini pastinya saya perlu menggunakan keyword yang tepat. Jika tidak, jawabnya ke laut dalam lah artikel anda itu nanti! Jadi, untuk siapkan sesebuah artikel saya tidak boleh terburu-buru menulisnya. Saya perlukan strategi dalam mencari keyword terlebih dahulu. Bila dah ada senarai keyword. Saya perlu ambil mood untuk menulis supaya penulisan dari awal hingga akhir menepati kehendak pembaca iaitu prospek anda.

Apa yang pembaca mahukan sebenarnya?

Adakah artikel dapat membantu menyelesaikan masalah pembaca?

Bagaimana atau dimana pembaca boleh mendapatkan produk atau servis anda?

Jika ketiga-tiga soalan di atas terjawab. Alhamdulillah win-win situation tercapai! Itu yang saya mahukan. Menulis artikel untuk membantu menyelesaikan masalah orang lain. Bukan sekadar upah sahaja! Jadi pasti ada terma dan syarat yang perlu dipatuhi jika upah saya menulis artikel SEO untuk anda.

Terma dan Syarat

  • Penulisan artikel dalam Bahasa Melayu sahaja.
  • Panjang artikel tidak lebih daripada 1500 patah perkataan.
  • Gambar dan video dalam kandungan artikel akan disediakan.
  • Bayaran deposit 50% sebelum mula menulis artikel produk / servis anda.
  • Perubahan kandungan artikel boleh dibuat 1 kali sahaja sebelum bayaran penuh.
  • Bayaran penuh selepas selesai menulis artikel produk / servis anda.
  • Setting artikel SEO produk / servis di website anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *