Skip to content

Upah Tulis Artikel Serendah RM350 Yang Boleh Buat Pelanggan Terus Nak Beli!

  • by

Jika anda sedang mencari ghostwriter untuk upah tulis artikel berSEO di Google. Anda kini berada di laman page yang tepat! Saya boleh bantu anda menulis artikel untuk produk atau servis bisnes anda dengan score 90 ke atas.

Tak percaya? Anda nak saya buktikan dulu.. Baiklah. Tengok artikel yang saya baru siap tulis untuk bulan Ogos, 2025. Score yang saya dapat untuk artikel ini ialah 90/100. Rasanya artikel boleh berada di ranking page pertama tak dalam Google! Jom sama-sama kita lihat.

Actually untuk dapatkan ranking score 90 ke atas bukanlah susah mana pun, bagi sayalah. Bagi anda, saya tak tahulah! Maybe anda kena belajar serba sedikit dulu kut daripada saya. Tapi ini rahsia tau! Jangan pula duk share dengan sesiapa kat luar sana. Kita-kita dah la ye! Ok jom start..

Step 1: Fokus Keyword

Bila kita nak tulis sesuatu artikel. Kita perlu tahu dan jelas dengan apa yang kita nak tulis. Contohnya, saya nak tulis pasal produk WaszaEduKids. Saya perlu tahu apa yang terkandung dalam produk WaszaEduKids iaitu worksheets untuk kanak-kanak berumur 2 – 6 tahun. Dari point ini, saya mula paham yang saya perlu bincangkan secara menyeluruh tentang worksheets dan bukannya berulang menulis perkataan WaszaEduKids dalam setiap ayat. Walaupun fokus keyword ialah WaszaEduKids.

Kenapa saya berkata begitu, sebab apabila kita hanya menulis tentang ciri-ciri, kelebihan, testimoni produk secara general, kita akan lupa sekejap pasal brand produk. Walhal kebanyakkan orang akan search di Google adalah nama/brand produk. Inilah kuncinya! Nampak macam confius bukan? Ya. Mula-mula saya belajar menulis artikel dulu pun confius juga seperti berbelit-belit pula teknik ini. Tapi bila kita dah faham asas, insyaAllah semua kefahaman yang susah akan menjadi mudah untuk kita huraikan di sini.

Jadi, gunakan lebih masa untuk mencari fokus keyword iaitu perkataan apa yang biasa orang taip kalau nak cari sesuatu produk atau servis di Google untuk selesaikan masalah mereka. Gunakan perkataan itu sebagai fokus keyword. Ambil 1 perkataan sahaja sebagai fokus keyword dan masukkan pada ruang fokus keyword dalam artikel seperti di bawah.

Eh kenapa fokus keyword anda warna kuning. Saya punya fokus keyword warna hijau. Itu maksudnya anda tak cukup berguru lagi dengan saya. Follow je step kedua dan seterusnya.. Nanti dah siap semua step, hijaulah tu.

Step 2: Guna Fokus Keyword Dalam Tajuk Artikel

Panjang mana pun tajuk artikel anda, pastikan fokus keyword ada dalam tajuk. Kalau boleh letak fokus keyword di hadapan dalam tajuk. Ini dapat memudahkan Google capture apa yang anda nak sampaikan dalam artikel dan tak confius. Cuba kita bayangkan begini, kalaulah Google awal-awal lagi dah confius dengan tajuk artikel anda, sudah tentulah pembaca tak jumpa artikel anda di mana-mana ruangan Google. Ibaratkan anda penulis dan andalah juga pembaca setia artikel tersebut sampai bila-bila.

Step 3: Guna Fokus Keyword Dalam Description Artikel

Apabila kita mula menulis artikel. Pada perenggan pertama, anda perlu masukkan fokus keyword dalam ayat pertama kerana itulah description penting untuk Google capture isi kandungan keseluruhan artikel anda. Dan jika kita lihat jika artikel dikongsikan di mana-mana media sosial, ayat pertama dengan menggunakan penggunaan fokus keyword yang betul, ia akan menarik minat pembaca untuk klik artikel tersebut dan membacanya.

Tapi perlu ingat, untuk ayat ke-2 dan seterusnya dalam perenggan seterusnya. Anda perlu kembali kepada teknik asal yang saya telah terangkan kepada anda dalam Step 1: Fokus Keyword di atas. Dah lupa? Baca semula dan cuba pahamkan betul-betul teknik tersebut. Jika anda masih tidak paham juga klik di sini.

Kebiasaannya, link url untuk artikel mengikut tajuk artikel. Kalau tajuk artikel anda panjang, link url untuk artikel tersebut juga akan panjang. Tapi sebenarnya untuk dapatkan link url yang menepati format SEO di Google. Link url tersebut, anda boleh pendekkannya dengan cara ubah di bahagian Edit Snippet > Permalink.

Lihat contoh permalink di bawah ini:

Actually, tajuk artikel untuk permalink ini ialah 10,786 Aktiviti WaszaEduKids Untuk Anak Bijak Seawal Umur 2-6 Tahun! Tapi saya telah pendekkan link url untuk artikel tersebut menjadi waszaedukids-untuk-anak-bijak. Jadi, lebih mudahlah pembaca membuat pencarian info di Google sebab menggunakan fokus keyword dalam link url! Dapat sesuatu?

Step 5: Guna Fokus Keyword Dalam 10% Permulaan Daripada Kandungan Artikel

Untuk step ini, boleh rujuk Step 3: Guna Fokus Keyword Dalam Description Artikel sebab ianya adalah sambungan kepada penulisan artikel menggunakan fokus keyword. Katakanlah, artikel yang anda nak tulis adalah 2500 patah perkataan. Jadi 10 peratus permulaan daripada kandungan artikel anda ialah 250 patah perkataan.

Dalam 250 patah perkataan yang terawal ini, anda perlu pastikan fokus keyword ada dalam ayat artikel anda!

Step 6: Fokus Keyword Dalam Artikel

Bila sebut fokus keyword dalam artikel, pastinya ramai antara anda yang akan fikir mesti kena tulis fokus keyword berulang-kali dan banyak dalam sesebuah artikel. Sebenarnya bukan begitu ya sayangku! Maksudnya mudah sahaja, fokus keyword perlu ada dalam artikel. Tapi jangan sampai melebihi keyword density yang disarankan untuk memastikan artikel tersebut berada pada ranking pertama di Google!

Apa pula keyword density ini? Saya akan terangkan lebih lanjut dalam Step 10.

Step 7: Kandungan Artikel 2500 Patah Perkataan

Ya, betul! Jika anda nak artikel berada pada ranking pertama di Google. Anda perlu perah otak lebih sikit. Dapatkan seberapa banyak info tentang apa yang anda nak tulis dalam artikel. Bila info padat, pembaca lebih suka dan Google dapat push artikel anda kepada audiens yang tepat.

Jangan risau berkenaan masa. Biar lama janji puas hati dengan hasilnya nanti. Teknik yang saya selalu amalkan bila ada orang upah tulis artikel dengan saya. Saya akan cuba untuk menulis non-stop, konsisten setiap hari. Jika dah buntu apa lagi nak ditulis, saya akan minum secawan hot chocolate terlebih dahulu, tidur, tengok tv, makan sepuasnya! Bila dah kenyang, dengan gaya relax saya akan buka laptop, dan cuba menaip apa saya yang ada dalam hati saya dan kaitkan dengan artikel tersebut. InsyaAllah idea akan datang..

Jangan sesekali kerana dek tiada idea, anda terus berehat terlalu lama untuk mula menulis kembali. Sebab idea yang datang selepas itu pasti akan ke laut dalam sebab anda perlu baca semula apa yang anda tulis dari awal dan cuba untuk hubungkaitkan dengan apa yang anda nak tulis pada masa sekarang.

Satu lagi tips: Jangan menulis jika anda dalam keadaan tekanan. Kerana bahasa yang anda akan gunakan nanti dalam artikel akan sedikit sebanyak mempengaruhi kandungan bahasa dalam artikel tersebut. Menulis artikel dalam keadaan tenang lebih baik hasilnya untuk client anda!

Step 8: Guna Fokus Keyword Dalam SubHeading(s)

Subheading atau dalam bahasa melayu: SubTajuk. Sepertimana yang anda tengah baca sekarang dalam subtajuk daripada tajuk utama. Pastikan anda guna fokus keyword dalam salah satu subtajuk pun dah mencukupi. Ianya cuma nak menunjukkan ada perkaitan dengan tajuk utama artikel anda.

Step 9: Guna Fokus Keyword Dalam Gambar

Jika dalam artikel anda, perlu dimasukkan gambar. Pastikan tukar nama (rename) file gambar tersebut kepada fokus keyword. Selepas itu, baru anda upload ke dalam artikel. Dengan cara ini, percayalah score artikel anda di Google akan meningkat kepada 90/100.

Bukanlah semua gambar, mungkin 1 dan 2 gambar (rename kepada fokus keyword) telah memadai. Perhatikan akan ada peningkatan score yang anda dapat untuk artikel tersebut berbanding jika anda upload gambar dengan menggunakan nama file yang asal.

Step 10: Keyword Density

Apa tu keyword density? Apa yang saya fahamlah, keberangkalian penggunaan fokus keyword dalam artikel. Maksudnya, jangan terlalu banyak sangat guna fokus keyword dan jangan pula terlalu sedikit sangat guna fokus keyword dalam artikel. Keyword density yang paling terbaik adalah 1.00 – 1.50.

Sebab itu, pada awal lagi saya dah terangkan dalam Step 1: Fokus Keyword, anda hanya perlu menulis tentang ciri-ciri, kelebihan, testimoni produk secara general bukan menfokuskan kandungan artikel kepada brand produk sebagai fokus keyword. Peningkan? Itulah saya pun dah pening sekarang ini macam mana nak terangkan dengan cara paling mudah supaya anda dapat faham dengan baik! Sebab ramai yang tergelincir bila sampai keyword density ini.

Kuncinya begini.. contohnya jika saya menggunakan 2 fokus keyword pada mulanya iaitu waszaedukids dan worksheets. Manakala, kandungan artikel yang saya tulis membincangkan tentang workssheets untuk kanak-kanak 2-7 tahun. Pastinya terdapat banyak perkataan worksheets yang saya gunakan dalam artikel dan perkataan waszaedukids pula akan digunakan (lebih kurang 25 kali) dalam artikel. Di sinilah keyword density dikira!

Tipsnya, untuk dapatkan keyword density yang ideal dengan artikel iaitu 1.00 – 1.50. Saya akan delete salah satu fokus keywrord tadi iaitu worksheets. Dan saya akan kekalkan fokus keyword: waszaedukids untuk artikel tersebut.

Kebiasaannya link URL sesebuah artikel mengikut tajuk artikel anda. Tapi sebenarnya untuk dapatkan score 90% ke atas. Anda perlu bina link URL yang pendek sahaja untuk artikel. Anda boleh ubah dan bina link URL tersebut di bahagian Edit Snippet > Permalink. Pastikan link URL anda yang baru tidak melebihi 75 patah perkataan!

Di atas adalah contoh link URL bagi produk WaszaEduKids. Saya bagi contoh ke-2. Artikel yang anda tengah baca sekarang ini, link URL bagi artikel ini ialah https://feezapro.com/upah-tulis-artikel. Ringkas dan mudah untuk pembaca nak ingat jika mereka memerlukan khidmat upah tulis artikel untuk produk dan servis bisnes!

Apa itu link external? Link external ini adalah link luar dari website anda. Anda perlukan dapatkan link luar yang ada kaitan dengan artikel anda. Kemudian, anda perlu masukkan link luar tersebut ke dalam artikel dengan cara highlight beberapa perkataan dan guna simbol di bawah ini > simbol pertama dari kanan!

Apabila perkataan yang anda highlight tadi bertukar warna biru. Maksudnya, anda telah berjaya masukkan link external tersebut ke dalam artikel. Good job!

Kalau tidak berjaya, anda upah tulis artikel je lah mudah! Tak perlu nak pening kepala nak setting! Semuanya siap untuk anda publish di website anda sendiri atau website penulis artikel.

Sambungan daripada Step 12: Link External. Pastikan link external yang anda masukkan dalam artikel, anda “dofollow” link tersebut untuk meningkatkan kepercayaan pembaca kepada penulisan artikel anda!

Step 14: Guna Fokus Keyword Yang Belum Digunakan Sebelum Ini

Pastikan 1 fokus keyword untuk 1 artikel. Katakanlah anda ingin menulis 2 artikel dalam topik yang sama, cuba untuk dapatkan 2 fokus keyword yang berbeza untuk setiap artikel. Ini adalah apabila penulisan anda menfokuskan kepada 1 keyword yang mempunyai ranking SEO yang tinggi di Google. Ianya akan membolehkan artikel anda dapat berada pada page pertama di Google.

Tipsnya anda cuma perlu kembangkan info berkaitan fokus keyword tersebut sebanyak, sepadat dan sebaik yang mungkin supaya pembaca dapat betul-betul paham apa yang anda sampaikan / kongsikan. Dalam erti kata mudahnya, jangan lari daripada point asal.

Step 15: Content Ai

Bagi anda yang nak tingkatkan lagi score kepada 100%. Anda disarankan menggunakan content Ai untuk optimiize lagi post anda kepada yang lebih baik untuk pembaca di Google. Tapi tool ini adalah berbayar. Jadi terpulang pada anda untuk menggunakannya ataupun tidak sebab ianya memerlukan sedikit kos yang anda perlu laburkan.

Pada pendapat saya, tidak perlu menggunakan tool ini jika anda sukakan originality content daripada anda kepada client anda. Saya sendiri tidak pernah gunakan tool ini disebabkan saya yakin dengan penulisan yang datang daripada akal dan hati sendiri, lebih menyentuh jiwa pembaca atau followers saya di blog.

Dan sebenarnya, jika anda tidak menggunakan tool ini. Yakinlah dengan menggunakan teknik yang betul saya kongsikan dalam post: upah tulis artikel yang anda sedang baca ini. Anda mampu menghasilkan artikel yang jauh lebih berkualiti dari content Ai. Saya sendiri telah membuktikannya, dengan penulisan melalui idea sendiri, saya berjaya mendapat score 90% ke atas untuk sesebuah artikel.

Step 16: Guna Fokus Keyword Di Awal Tajuk

Cuba anda baca semula Step 2: Guna Fokus Keyword Dalam Tajuk Artikel. Mudah sahaja, anda perlu pastikan fokus keyword yang anda nak guna berada di awal tajuk. Jangan letak fokus keyword di tengah atau di belakang. Di sini anda kena pandai-pandai olah sendiri tajuk artikel mengikut step ini sehingga berjaya!

Step 17: Tajuk Berbentuk Positive / Negative Statement

Bagi saya, bahagian ini sangat mencabar sebab bukan senang untuk bina ayat positif atau negatif statement pada tajuk artikel. Saya sendiri masih pening mencari teknik dan jawapannya! Tapi saya janji dengan anda, bila saya dah dapat strateginya, saya akan kongsikan dengan anda dari semasa ke semasa.

Step 18: Power Word Dalam Tajuk

Ini satu lagi bahagian yang saya tengah menjadi Detective Conon dalam mencari buktinya! Nampak macam senang “power word” tapi hakikat realitinya agak sukar. Kalau saya dapat, saya akan kongsikan dengan anda dengan memberikan senarai power word untuk kita sama-sama gunakannya dalam artikel.

Walau bagaimanapun, tanpa step 17 dan 18 ini.. percayalah anda masih boleh dapatkan score 90% ke atas dengan memastikan semua step yang lain anda buat dengan baik sepertimana saya telah terangkan dengan panjang lebar di atas. Kalau tak paham juga, upah tulis artikel dengan saya! Hehe gurau je.. Cuba buat sendiri dulu, kalau ada banyak masalah juga, anda boleh hubungi saya di sini.

Step 19: Masukkan Nombor Dalam Tajuk

Lebih baik jika ada angka! Dengan angka atau nombor ini, penulisan tajuk artikel anda akan nampak lebih jelas objektifnya. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan lagi views untuk artikel anda!

Step 20: Table of Contents Plugin

Pasti ada yang tak tahu apa itu table of content plugin kan? Saya dulu pun seperti anda juga. Saya ingatkan masukkan jadual tapi bila buat, score tak meningkat. Dari situ baru saya paham rupanya bukan jadual, ianya adalah list subheading untuk artikel. Kenapa table of content plugin ini penting kepada pembaca?

Ini adalah kerana apabila kita menggunakan table of content plugin sebenarnya ianya dapat memudahkan pembaca membaca artikel yang kita tulis mengikut subheading. Pembaca tidak perlu untuk membaca artikel awal hingga akhir, cukup sekadar membaca subheading yang mereka ingin tahu sahaja.

Bagaimana nak setup table of content plugin ini? Perlu install plugin baru dalam wordpresske?. Jawapannya, tidak perlu! Just taip /table dan pilih table of contents by Rank Math seperti di bawah ini.

Step 21: Paragraf Pendek

Siapa kat sini jenis yang suka menulis panjang-panjang dalam 1 paragraf? Kini anda perlu pendekkan penulisan dan bahagikan kepada beberapa paragraf supaya pembaca suka dan tenang membaca artikel anda. Paragraf yang pendek ini tidak akan memberi tekanan kepada pembaca. Pembaca akan dapat grab point dalam setiap paragraf dalam artikel dengan lebih baik.

Step 22: Gambar / Video

Ya. Jika ada penulisan yang baik pastinya tidak lengkap jika tiada gambar yang menarik bukan? Jadi, anda perlu masukkan beberapa gambar yang berkaitan dengan penulisan artikel untuk memberikan gambaran yang lebih jelas dan telus kepada hati pembaca.

Tipsnya: Pembaca suka melihat gambar yang real.

Setakat itu sahaja step-step yang saya boleh kongsikan dengan anda. Jika ada lagi ilmu baru selpas ini. InsyaAllah saya kan update artikel ini untuk anda. Jadi jangan lupa follow saya.

Bagi anda seperti saya, seorang ghostwriter dan menawarkan khidmat upah tulis artikel. Anda perlu buat semua step di atas untuk menghasilkan artikel yang mendapat score 90% ke atas. InsyaAllah artikel anda akan berada pada paparan pertama di Google!

Selamat menulis dengan konsisten dan jangan stress-stress. Buat dengan hati yang ikhlas dan minat yang mendalam untuk membantu sesiapa sahaja yang memerlukan khidmat upah tulis artikel anda!

Upah Tulis Artikel

Kalau rasa nak cepat dan nak hasil daripada yang pakar dalam bab penulisan artikel. Mudah sahaja! Upah saya untuk tulis artikel anda. Anda hanya fokus pada jualan produk. Bab marketing iaitu review produk dan servis anda dalam artikel ini, serah pada saya. Saya boleh bantu tulis artikel untuk anda mengikut step-step yang saya telah kongsikan dengan anda di atas.

Tak perlu pun keluarkan modal marketing beribu ringgit dengan saya. Murah sahaja untuk 1 artikel. Klik button di bawah untuk kita mula bekerjasama bagi meningkatkan lagi jualan produk atau servis bisnes anda sekarang!

Jika anda mempunyai produk fizikal dalam pasaran. Contohnya, produk kecantikan, tudung, gajet. Inilah masa yang sesuai untuk anda gunakan khidmat saya, upah tulis artikel untuk produk anda selain anda menggunakan teknik marketing yang lain. Dengan cara ini, anda telah menggunakan multisource of technique untuk meningkatkan jualan produk anda di pasaran.

Dan jika anda mempunyai produk digital seperti video toturial, ebook dan sebagainya yang membolehkan menukarkan pembaca kepada pengguna. Ianya adalah satu pelaburan yang bagus untuk hasil ciptaan (produk digital) anda kerana dengan upah tulis artikel anda mampu membuat pasif income sampai bila-bila. Tidak mustahil saya katakan dengan bayaran upah tulis artikel RM350 sahaja, anda berkemungkinan mampu menjana income 10 kali ganda iaitu RM3500. Sangat berbaloi dalam jangka masa yang panjang!

Seterusnya, jika anda ada buat servis seperti guaman, online tutor, agen hartanah. Di mana biasanya anda akan iklan servis anda? Media sosial sahaja. Kenapa tidak upah tulis artikel untuk servis anda supaya anda tidak perlu buat iklan berjuta kali. Cukup sekali upah tulis artikel, iklan akan dibaca oleh jutaan pembaca. Lumayankan hasilnya? kerana kos yang perlu dikeluarkan untuk upah tulis artikel murah sahaja.

Di bawah ini adalah antara hasil artikel yang saya telah siap buat untuk client. Pelbagai niche untuk pelbagai produk dan servis bisnes anda! Semuanya mendapat score 90% ke atas. Alhamdulillah walaupun menggunakan teknik ever green tapi masih mendapat permintaan tinggi di pasaran!

Terima kasih atas kefahaman dan sokongan anda! ❤️

Artikel ini ditulis oleh:
FeezaPro l Marketing Strategy Consultant

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *