Skip to content
Sale!

Ebook: Panduan Mula Bisnes Bakeri Dari Rumah

Original price was: RM50.00.Current price is: RM30.00.

Perhatian buat golongan isteri atau suri rumah yang ingin menambah pendapatan sampingan hanya dari rumah! Mari saya tunjukkan anda.. bagaimana saya mulakan bisnes bakeri dari rumah dan menjana pendapatan sampingan 3 – 4 angka sebulan!

Makluman penting!

Ebook ini adalah di dalam format PDF. Anda boleh membuka ebook ini menggunakan sebarang aplikasi PDF Reader di komputer atau telefon anda! Anda juga boleh mencetak ebook ini jika anda mahu. Pihak kami akan menghantar link download ebook ini kepada anda menerusi email dalam tempoh 24 jam. Jadi, sila berikan alamat email anda semasa anda membuat bayaran.

Terima kasih.

 

Isi kandungan Ebook: Panduan Mula Bisnes Bakeri Dari Rumah

PENDAHULUAN
Pendahuluan buku ini menekankan bahawa perniagaan makanan, terutamanya bisnes bakeri, adalah antara jenis perniagaan yang mudah dimulakan dari rumah.

Namun, untuk memastikan bisnes ini berjaya dan berterusan, ia memerlukan perancangan yang teliti berdasarkan ilmu dan pengalaman yang ada. Jadi, dalam ebook ini, saya akan berkongsi pengalaman lebih 10 tahun dalam industri bakeri dalam merancang dan memulakan perniagaan bakeri anda dengan langkah-langkah yang jelas dan praktikal.

Ebook ini dibahagikan kepada lima langkah penting yang dijadikan bab utama, setiap langkah dihuraikan secara mendalam untuk memberi panduan yang komprehensif kepada anda dalam merealisasikan impian anda memulakan bisnes bakeri.

BAB 1 : MENETAPKAN MATLAMAT

Bab ini menekankan pentingnya menetapkan matlamat yang jelas sebelum memulakan bisnes bakeri. Saya berikan panduan mengenai cara menetapkan tempoh masa, fokus, dan strategi yang perlu ada untuk memulakan perniagaan ini dengan mantap.

Bab ini juga mengandungi contoh-contoh bagaimana matlamat yang betul dapat membantu anda mencapai kejayaan dalam bisnes bakeri.

BAB 2 : MENYEDIAKAN KERTAS KERJA

Dalam bab ini pula, saya berikan panduan tentang bagaimana menyediakan kertas kerja yang diperlukan untuk memulakan bisnes bakeri. Kertas kerja yang dimaksudkan dalam bab ini, bukanlah kertas kerja seperti mana yang orang buat untuk buat pinjaman bank tu…

Kertas kerja yang saya ajarkan dalam bab ini, simple sahaja sebenarnya.. anda tak perlu risau, sebab saya sertakan sekali template dan contoh-contoh kertas kerja untuk beberapa produk bakeri seperti creampuff dan brownies, yang akan membantu anda memahami langkah-langkah yang perlu diambil untuk merancang perniagaan dengan teliti.

BAB 3 : KUASAI 5 ILMU WAJIB DALAM BISNES BAKERI

Bab ini memperincikan lima ilmu penting yang perlu dikuasai oleh setiap usahawan bakeri, termasuk pengetahuan tentang ketuhar, pengadun, mesin pembuat roti, alat pengukus, dan peti ais/chiller.

Saya jelaskan secara terperinci tentang jenis-jenis peralatan ini, cara menggunakannya dengan betul, dan tip untuk memilih peralatan yang sesuai untuk bisnes anda.

BAB 4 : STRATEGI MENGUSAI PASARAN!

Bab ini memberikan strategi untuk menguasai pasaran dalam industri bakeri yang semakin kompetitif. Saya ajarkan bagaimana mengenal pasti sasaran pembeli, memahami produk dengan mendalam, dan memperkenalkan jenama serta produk anda kepada pelanggan. Teknik untuk menjadi yang pertama, terbaik, dan unik dalam pasaran juga turut dikongsikan.

BAB 5 : PENETAPAN HARGA PRODUK

Ini adalah bab yang paling penting! . Ramai pengusaha bisnes bakeri tidak mengira harga kos dengan betul dan sekadar main agak-agak sahaja! Akibatnya, order dari pelanggan dapat banyak tapi duit untung tak nampak! Hanya sekadar dapat penat sahaja!

Jadi, dalam bab ini, saya tunjukkan cara menetapkan harga produk yang tepat agar dapat bersaing dalam pasaran. Saya juga kongsikan beberapa strategi harga yang boleh digunakan untuk menarik minat pelanggan tanpa menjejaskan keuntungan.

BAB 6 : 5 KESILAPAN BISNES BAKERI

Setelah menjalankan bisnes bakeri ini dari rumah dan produk anda sudah mula mendapat perhatian dan permintaan. Ada beberapa perkara yang pasti akan anda hadapi.

Jadi, awas kepada 5 perkara ini! Jika anda tidak hadapi 5 perkara ini dengan betul, ianya mungkin akan mengugat perniagaan bakeri anda. Silap haribulan, anda mungkin akan berasa penat dan mahu berputus asa menjalankan bisnes anda.

BAB 7 : CABARAN BISNES BAKERI & CARA MENGATASINYA

Walaupun anda hanya menjalankan bisnes bakeri dari rumah, jangan sangka ianya tiada cabaran!

Disini saya senaraikan 9 cabaran yang mungkin akan anda perlu hadapi dan bagaimanakah cara untuk mengatasinya!

Cabaran persaingan harga!
Kenaikan kos harga barang mentah!
Bahan mentah habis stok!
Supplier stop bekalan!

Itu adalah antara beberapa cabaran yang mungkin akan anda hadapi.
Ketahui cara menanganinya dalam bab ini!

BAB 8 : 10 TIPS EXTRA BISNES BAKERI

adalah bab yang terakhir. Dalam bab ini saya kongsikan 10 tips yang saya rasa amat penting untuk memastikan produk yang anda hasilkan sedap, enak dan berkualiti tinggi .

Tips-tips yang diberikan adalah berdasarkan pengalaman sebenar saya menjalankan bisnes bakeri lebih 10  tahun yang lalu. Anda mungkin tidak akan menjumpai tip ini di mana-mana tempat.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Ebook: Panduan Mula Bisnes Bakeri Dari Rumah”

Your email address will not be published. Required fields are marked *