Isi kandungan Ebook: Panduan Buat Bisnes Air Balang
BAB 1 : CARA MOHON TAPAK NIAGA
Dalam bab permulaan ini, saya tunjukkan anda langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk mendapatkan tapak niaga di bazar ramadhan atau bazar-bazar yang lain. Apa sijil yang perlu anda dapatkan sebelum membuat sebarang permohonan dan dimanakah untuk mendapatkannya?
Semuanya saya tunjukkan dalam bab ini! Siap sekali saya bagi dengan contoh gambar sijil & resit!
Berapa pula besar saiz tapak dan berapakah bayaran bagi setiap tapak? Juga saya tunjukkan kos anggarannya disini!
Bab ini amat penting, terutama sekali jika anda baru pertama kali mahu berniaga di bazar. Tanpa tapak niaga… sudah pastinya tiada bisnes untuk anda.
BAB 2 : TIPS MEMILIH LOKASI BAZAR
Percaya atau tidak, bukan semua lokasi bazar akan mendapat sambutan! Ada sesetengah lokasi bazar, diwujudkan oleh pihak penganjur semata-mata untuk mengaut keuntungan dengan menjual tapak kepada peniaga. Namun begitu, bilangan pengunjung yang hadir, hanya sayup-sayup sahaja.
Jadi, jangan menjadi mangsa! Kenali tapak-tapak yang “hot” yang ramai pengunjung untuk anda berniaga! Ada beberapa ciri yang akan menjadikan sesebuah tapak bazar itu HOT atau tidak!
Saya bongkarkan ciri-ciri tersebut di dalam bab ini!
BAB 3 : PERALATAN SERTA KELENGKAPAN
Antara 2 benda asas yang perlu anda ada untuk berniaga di bazar, adalah kanopi dan juga meja.
Dalam bab ini saya tunjukkan jenis kanopi serta jenis meja yang anda perlukan. Saya juga turut berikan anda tempat serta alamat kedai untuk anda membeli peralatan ini dengan harga yang lebih murah!
BAB 4 : PERSEDIAAN & PENGURUSAN MASA BERNIAGA
Ada 5 Tips “REAL” yang saya kongsikan dalam bab ini. Ilmu dalam bab ini, hanya “peniaga sebenar” sahaja yang tahu. Hanya orang-orang yang pernah berniaga di bazar ramadhan sahaja yang tahu situasi dan keadaan sebenar yang perlu dihadapi dan bagaimana cara untuk menanganinya?.
Jadi, anda perlu tahu ilmu di dalam bab ini agar anda boleh hadapi segala cabaran sewaktu berniaga di bazar dengan tenang. Tidaklah nanti anda terkejut jika situasi-situasi yang mencabar ini berlaku kepada anda!
Selain itu, saya juga turut kongsikan rahsia sebenar teknik menarik pelanggan dan bagaimanakah mahu menjadikan gerai jualan anda unik dan berbeza dari peniaga-peniaga yang lain, di dalam bab ini!
BAB 5 : RAHSIA SULIT JUS YANG LARIS
Ada 7 tips sulit yang saya kongsikan di dalam bab ini! Saya kongsikan apakah sebab saya meletakkan sesetengah bahan ke dalam resepi yang saya berikan dalam bab 5 sebelum ini.
Dalam bab ini juga saya kongsikan tips dimana anda boleh membeli buah-buahan dengan harga yang lebih murah!
Bagaimana pula untuk memilih buah-buahan yang segar dan manis? Juga ada saya kongsikan di dalam bab ini!
BAB 6 : CASE STUDY – BAGAIMANA SAYA JANA RM7K SEBULAN DENGAN BISNES AIR
Ini adalah bab yang paling menarik di dalam ebook ini. Di dalam bab ini, saya ceritakan semua strategi serta apa yang saya lakukan sehingga mampu mencapai keuntungan sebanyak RM7,000 dengan hanya berniaga 3 balang air di bazar ramadhan!
- Balang air jenis apa yang saya gunakan?
- Air apa yang saya jual?
- Berapa kos serta untung menjual air tersebut?
- Apa teknik yang saya gunakan untuk menarik pelanggan?
- Dimana lokasi strategik serta bagaimana saya menyusun balang air?
- Bagaimana saya gandakan keuntungan saya sehingga 3 kali ganda?
Semuanya saya bongkarkan tanpa berselindung kepada anda di dalam bab ini!
BAB 7 : STRATEGI JUAL AIR DI KAWASAN SEKOLAH
Ebook ini bukan sahaja sesuai untuk anda yang mahu berniaga di bazar ramadhan, tetapi jika anda mahu berniaga di tepi jalan mahupun di kawasan sekolah, anda juga boleh dapatkan ebook ini!
Sebab dalam ebook ini, saya sharekan strategi serta 4 perkara yang penting untuk anda ambil perhatian apabila mahu berniaga di kawasan berhampiran sekolah.
Reviews
There are no reviews yet.